Program Kepimpinan Kelab Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Peringkat Fakulti Biokejuruteraan & Teknologi (FBKT)

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) mempunyai empat (4) kelab pelajar iaitu MATECREV (Program Teknologi Bahan), INNOBIOTECH (Program Teknologi Bioindustri) CARGRE (Program Teknologi Sumber Hutan), dan SciTex (Program Pascasiswazah). Selain itu, terdapat 3 orang pelajar FBKT yang telah dilantik sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sidang 2023/2024. Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan dan memperkasaan pengurusan kelab pelajar dan MPP di FBKT, Jawatankuasa Pembangunan Pelajar FBKT akan menganjurkan Program Kepimpinan Kelab Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Peringkat Fakulti Biokejuruteraan & Teknologi (FBKT) secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams pada 12 Mac 2024 (Selasa). Melalui program ini, kelab pelajar dan MPP berpeluang untuk mempelajari teknik penulisan kertas kerja yang berkualiti tinggi bagi tujuan permohonan dana penganjuran aktiviti daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Selain itu, pelajar turut berpeluang untuk mempelajari strategi pengurusan informasi kelab secara lebih sistematik melalui mekanisme pendigitalan, sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Semoga penganjuran program ini dapat memperkemaskan lagi pengurusan kelab pelajar di FBKT.